Monday, September 28, 2009

ENGINEERING LABORATORY

The new study session started after 2 weeks holiday that completing hari raya holiday and also semester break. The new session started with engineering laboratory class. The new lab work was introduced by my lecturer. MOTOR CONTROL CIRCUIT. My 1st impression is very good because my new lab has its own conspicuousness. One more thing is I have got my previous lecturer that is very not too straight with students.


review inside of the motor control circuit

My lecturer also explain a lot about a motor. I have to work on that motor by group. I have learn a part in a motor such as bearing, rotor, stator, cooling fan frame(yoke) and etc. Every part has it own function. There is a lot of fun during this lab session because I need to wiring the control motor circuit by my group. So that, I have training how to do that by my own. The control motor circuit always used in the industries because its generate a power to the factory. Basically, the voltage applied in this lab session is 415V. By the way, I need to discipline myself to prevent myself from hazard.

thinking of something


main supply



troubleshooting


working on the motor control

Furthemore, I have learn how to troubleshooting the motor part. If the motor does't work so we need to check it. There are 3 important things in checking the motor which are insulation check, pole check and the voltage check. I have learn so many thing about this motor control circuit. Hopefully, with the basic that I have, it will help me on the next lab session.

AIDILFITRI 1430 HIJRAH

ALLAHUAKBAR.....ALLAHUAKBAR.....ALLAHUAKBAR.....WALILLAH HILHAMD..

20 September 2009 bersamaan dengan 1 Syawal 1430-h merupakan hari kemenangan bagi seluruh umat Islam yang telah berjaya menjalani ibadah puasa dengan sempurnanya. Berlalunya Ramadhan amatlah menyedihkan kerana hanya setahun sekali saja kita bertemu dengan bulan Ramadhan iaitu bulan yang penuh dengan barakah. Hari raya kali ini disambut meriah oleh kami sekeluarga di mana semua ahli keluarga ana pulang berhari raya di kampung ana yang terletak di Kijal,Kemaman,Terengganu.


sebahagian dari ahli keluarga

Semestinya kehadiran anak-anak menceriakan lagi hati ayah bonda tercinta. Walaupun bukan pada realitinya tapi pada fantasinya jelas redup wajah ayah bonda tercinta memancarkan sinar kesedihan kerana kegembiraan melihat anak-anak yang semakin dewasa.


ayah bonda tercinta


anis,taufik,iman,alim


orang serawak nie(alim darwisy)


perjalanan ke rumah datuk


new comer

Raya kali nie makin hangat dengan kehadiran insan baru iaitu Muhammad Muaz Mualim. Kemeriahan aidilfitri jelas terasa oleh kami semua. Sesi bermaafan-maafan menjadi tradisi kami sebelum beraya ke rumah yang lain.

Semoga aidilfitri kali ini lebih bermakna dari aidilfitri sebelum ini. Dan doa ana agar seluruh anggota keluarga mendapat rahmat daripada Allah s.w.t,ditetapkan iman dalam agama Islam, dan dimurahkan rezeki olehNya. InsyaAllah.

NUKILAN BUAT KELUARGA TERCINTA.

Jangan mudah melafaz kasih,
Kasih itu untuk siapa,
Jangan mudah melafaz sayang,
Sayang itu untuk siapa,
Jangan mudah melafaz cinta,
Cinta itu pada yang Esa,
Cintakan bunga,bungakan layu,
Cintakan manusia kan pergi

Cinta yang dihati,
Kasih sayang yang hakiki,
Kasih yang dicari,
Moga Allah meredhai,
Cintakan Allah dan RasulNya,
Suburkanlah di dalam jiwa,
Sayang-sayangi keluarga kita,
Moga hidup aman bahgia,
Jiran tetangga hormat-menghormati,
Sesama manusia kita berbakti

Semoga Allah memberkati,
Hidupnya insan di alam ini,
Negara makmur dan diredhai,
Mendapat keampunan Ilahi...

Sunday, September 27, 2009

AHLAN WASAHLAN YA MUAZ MUALIM FI DUNNIA

Pada malam ke-25 Ramadhan 1430-h berlaku satu peristiwa berdarah di mana salah seorang kakak saya terpaksa melalui detik-detik mencemaskan apabila terpaksa dibedah. Setelah lebih kurang 45 minit mempertaruhkan nyawa akhirnya jeritan tangis Muhammad Muaz Mualim kedengaran. Alhamdulillah kedua-duanya selamat. Kehadiran Muaz Mualim menambahkan lagi koleksi anak saudara ana ini ke angka 9.



Muhammad Muaz Mualim





ada gaya bapak saudara tak..

Saat dan detik menunggu yang dilalui sebelum Muaz Mualim dilahirkan diisi oleh kami sekeluarga dengan zikrullah dan doa-doa. Ketenangan perlu dalam menempuhi sesuatu situasi. Saat berbuka puasa kami juga hanyalah dihidangi dengan minuman dan juga sedikit makanan untuk mengalas perut. Yang bermain difikiran kami hanyalah melihat Muaz Mualim dan ibunya selamat.




penantian buat Muaz Mualim


Buat Muaz Mualim doa bapa saudaramu ini agar anta menjadi anak yang soleh dan menjadi seorang tahfiz..

NUKILAN BUAT MUHAMMAD MUAZ MUALIM...

Muaz Mualim,
kelak dewasa nanti,
hiasilah dirimu dengan iman,
bajailah dirimu dengan amal,
basahilah lidahmu dengan zikrullah,
ringankan tanganmu untuk bersedekah,
batasilah matamu dari pandangan dosa,
tulikan telingamu dari suara-suara dosa,
kuatkanlah kakimu untuk ke masjid,
dengan itu jadilah kamu seorang anak yang soleh,
InsyaAllah..

TEACHERS LIFE

barisan pendidik

Bukan mudah untuk bergelar seorang guru. Peluang yang datang jangan pernah kita lewati. Alhamdulillah cuti yang dilalui ku isi dengan mendidik anak didik dari seluruh pelusuk dunia. Perasaan gemuruh datang menguasai jiwa pada hari pertama kerana dipaksa untuk terus mengajar. Almaklumlah mengajar anak-anak overseas bukan lah mudah. Alhamdulillah berbekalkan sedikit kecekalan dalam diri dapat juga hamba ini melalui hari pertama persekolahan. Perasaan malu dalam diri ku buang 100%. Hari-hari yang dilalui membuatkan rasa kasih-sayang seorang guru lahir dalam diri hamba ini. Anak-anak didik pula memberikan respon yang amat positif. Dapat guru lelaki. Muda plak tu. Sapa yang tak suka kan?
students in year 7

Kebanyakkan anak didik datang dari keluarga yang berada. Nak dibandingkan dengan diri hamba ini jauh sekali bezanya bagai langit dan bumi. Tapi, mujurlah mereka semua dapat menerima hamba ini seadanya. Walaupun hamba ini paling muda di barisan pendidik namun hamba inilah yang paling talkative dan suka bergurau. Kak Arfah dan Kak Hasma memang tak dapat hamba ini lupakan. Baik budinya takkan pernah dilupakan walaupun sesaat. Dan mintak maaf juga kepada seluruh warga pendidik sepanjang hamba ini menjadi guru di sana. Hamba ini tahu diri ini masih belum mentah tetapi kita harus belajar dari pengalaman.


pelajar korea (Da Yun)

Hamba ini harap dengan pengalaman yang ada dapatlah meningkatkan lagi potensi hamba ini untuk mencapai harapan menggunung untuk menjadi seorang lecturer yang bertauliah dan yang penting beriman. Wal akhirul kalam hamba ini mendoakan agar semua anak didik hamba berjaya di dunia mahupun di akhirat. InsyaAllah. Doa hamba juga agar niat murni diri ini mendidik akan di berkati Allah s.w.t.

Wednesday, January 7, 2009

UMP life

Assalamualaikum w.b.t

Kehidupan betul ke senang?Betul ke susah??Ini semua bergantung kepada diri seseorang yang membentuknya.By this site,i'm glad to share with everyone whose read my page a few about my life at UMP....nothing special here!!i don't know why.Honestly my life at UMP is something bored that i had faced......Different to compare by the past during my study at SMSD and also KMPP..