Monday, September 28, 2009

AIDILFITRI 1430 HIJRAH

ALLAHUAKBAR.....ALLAHUAKBAR.....ALLAHUAKBAR.....WALILLAH HILHAMD..

20 September 2009 bersamaan dengan 1 Syawal 1430-h merupakan hari kemenangan bagi seluruh umat Islam yang telah berjaya menjalani ibadah puasa dengan sempurnanya. Berlalunya Ramadhan amatlah menyedihkan kerana hanya setahun sekali saja kita bertemu dengan bulan Ramadhan iaitu bulan yang penuh dengan barakah. Hari raya kali ini disambut meriah oleh kami sekeluarga di mana semua ahli keluarga ana pulang berhari raya di kampung ana yang terletak di Kijal,Kemaman,Terengganu.


sebahagian dari ahli keluarga

Semestinya kehadiran anak-anak menceriakan lagi hati ayah bonda tercinta. Walaupun bukan pada realitinya tapi pada fantasinya jelas redup wajah ayah bonda tercinta memancarkan sinar kesedihan kerana kegembiraan melihat anak-anak yang semakin dewasa.


ayah bonda tercinta


anis,taufik,iman,alim


orang serawak nie(alim darwisy)


perjalanan ke rumah datuk


new comer

Raya kali nie makin hangat dengan kehadiran insan baru iaitu Muhammad Muaz Mualim. Kemeriahan aidilfitri jelas terasa oleh kami semua. Sesi bermaafan-maafan menjadi tradisi kami sebelum beraya ke rumah yang lain.

Semoga aidilfitri kali ini lebih bermakna dari aidilfitri sebelum ini. Dan doa ana agar seluruh anggota keluarga mendapat rahmat daripada Allah s.w.t,ditetapkan iman dalam agama Islam, dan dimurahkan rezeki olehNya. InsyaAllah.

NUKILAN BUAT KELUARGA TERCINTA.

Jangan mudah melafaz kasih,
Kasih itu untuk siapa,
Jangan mudah melafaz sayang,
Sayang itu untuk siapa,
Jangan mudah melafaz cinta,
Cinta itu pada yang Esa,
Cintakan bunga,bungakan layu,
Cintakan manusia kan pergi

Cinta yang dihati,
Kasih sayang yang hakiki,
Kasih yang dicari,
Moga Allah meredhai,
Cintakan Allah dan RasulNya,
Suburkanlah di dalam jiwa,
Sayang-sayangi keluarga kita,
Moga hidup aman bahgia,
Jiran tetangga hormat-menghormati,
Sesama manusia kita berbakti

Semoga Allah memberkati,
Hidupnya insan di alam ini,
Negara makmur dan diredhai,
Mendapat keampunan Ilahi...

No comments:

Post a Comment