Sunday, September 27, 2009

TEACHERS LIFE

barisan pendidik

Bukan mudah untuk bergelar seorang guru. Peluang yang datang jangan pernah kita lewati. Alhamdulillah cuti yang dilalui ku isi dengan mendidik anak didik dari seluruh pelusuk dunia. Perasaan gemuruh datang menguasai jiwa pada hari pertama kerana dipaksa untuk terus mengajar. Almaklumlah mengajar anak-anak overseas bukan lah mudah. Alhamdulillah berbekalkan sedikit kecekalan dalam diri dapat juga hamba ini melalui hari pertama persekolahan. Perasaan malu dalam diri ku buang 100%. Hari-hari yang dilalui membuatkan rasa kasih-sayang seorang guru lahir dalam diri hamba ini. Anak-anak didik pula memberikan respon yang amat positif. Dapat guru lelaki. Muda plak tu. Sapa yang tak suka kan?
students in year 7

Kebanyakkan anak didik datang dari keluarga yang berada. Nak dibandingkan dengan diri hamba ini jauh sekali bezanya bagai langit dan bumi. Tapi, mujurlah mereka semua dapat menerima hamba ini seadanya. Walaupun hamba ini paling muda di barisan pendidik namun hamba inilah yang paling talkative dan suka bergurau. Kak Arfah dan Kak Hasma memang tak dapat hamba ini lupakan. Baik budinya takkan pernah dilupakan walaupun sesaat. Dan mintak maaf juga kepada seluruh warga pendidik sepanjang hamba ini menjadi guru di sana. Hamba ini tahu diri ini masih belum mentah tetapi kita harus belajar dari pengalaman.


pelajar korea (Da Yun)

Hamba ini harap dengan pengalaman yang ada dapatlah meningkatkan lagi potensi hamba ini untuk mencapai harapan menggunung untuk menjadi seorang lecturer yang bertauliah dan yang penting beriman. Wal akhirul kalam hamba ini mendoakan agar semua anak didik hamba berjaya di dunia mahupun di akhirat. InsyaAllah. Doa hamba juga agar niat murni diri ini mendidik akan di berkati Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment